Rabu, 20 Julai 2011

Info Arnab

5/5/2011   Memelihara atau menternak arnab adalah satu aktiviti yang menyeronokkan. Permintaan terhadap arnab samada dalam pasaran haiwan peliharaan mahupun industri pedaging meningkat dengan begitu ketara kebelakangan ini
Nama saintifik bagi arnab adalah Oryctolagus spp. Diketegorikan sebagai haiwan filum kordata dalam kelas mamalia dalam order lagomorpha. Arnab adalah haiwan maun yang makanan utamanya adalah tumbuh-tumbuhan. Struktur tengkorak arnab adalah ringan, mempunyai lubang hidung berbentuk liang memanjang, dan ekor yang kontot dan bulat
Sehingga ini, kebanyakan arnab hanya menjadi haiwan peliharaan di rumah dan aktiviti penjagaannya dianggap sebagai satu hobi yang menggembirakan. Tetapi, tahukah anda bahawa daging arnab juga enak dimakan dan mempunyai potensi yang luas untuk diperkembangkan di pasaran tempatan dan di peringkat antarabangsa?

Dalam beberapa penemuan terkini daging arnab dikatakan mengandungi ketotifen iaitu bahan yang mujarab dalam pembasmian dan rawatan penyakit asma. Ia juga dikatakan mujarab sebagai bahan alternatif dalam perawatan penyakit  yang berkaitan dengan masalah paru-paru.

Bahagian yang paling mujarab terletak pada hati arnab. Untuk mempertahankan kadar gizi dan kandungan ketotifen ini, sebaiknya ia dimasak menggunakan konsep merebus.
Kepala arnab yang terdapat otak di dalamnya dikatakan boleh meningkatkan kesuburan wanita.

Hati arnab juga mempunyai composisi yang baik untuk mengubati penyakit asma. Dagingnya yang terkenal dengan kadar protein yang tinggi dan kolesterol yang rendah adalah amat baik untuk kesihatan.

Manakala penis serta testis haiwan ini dikatakan boleh meningkatkan tenaga dalaman kaum lelaki.
Maklumat diatas dipetik dari tulisan risalah Cina lama dan ahli-ahli homeopati antarabangsa terutamanya dari Pakistan.

Jadi, apa yang ditunggu lagi, marilah kita mula berjinak-jinak dalam aktiviti pemakanan daging arnab. Adalah lebih baik lagi jika anda memulakan langkah pertama untuk menjadi pengusaha penternakan arnab mulai hari ini.

Potensinya sangat cerah, kempen memakan daging arnab ini perlu digerakkan secara komprehensif oleh kita semua agar lebih ramai pihak akan mendapat kebaikan dari sumber protein kurniaan Allah  yang halal lagi suci ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan